Saturday, October 25, 2008

Kematian yang akan datang

Berehat sebentar setelah membuat beberapa latihan untuk Matematik Tambahan.
Tidak tahu mengapa... Tiba-tiba aku teringat kepada kematian.

Kematian...
Bila tiba masanya...
Aku tidak tahu...
Dan aku takut untuk tahu..
walaupun aku tahu ia pasti akan berlaku
mungkin bulan depan, mungkin minggu depan, mungkin esok, mungkin seminit lagi, atau mungkin beberapa saat lagi
Aku jadi takut.
Aku teringat sahabat dan guruku yang telah menemui Ilahi...
Bilakah sampai masaku?
Aku tak tahu
Dan aku takut untuk tahu
Adakah aku sudah bersedia untuk disoal oleh Malaikat di dalam kubur
Adakah aku sudah bersedia menemui Dia Yang Maha Hidup
Aku tidak tahu
Dan mungkin aku tahu
Yang aku tidak bersedia
Aku teliti sepanjang perjalanan hidupku
Bagaimanakah telah kuisinya?
Apakah yang telah aku lakukan untuk agama-Nya
Apakah yang boleh aku buktikan yang aku menyayangi-Nya
Apakah yang aku boleh banggakan dengan ketaatanku pada-Nya
Ya Rahman Ya Rahim
Aku tidak jumpa...
Aku takut
Aku takut andai Malaikat Izrail menjemput nyawaku
AKu belum bersedia Ya Tuhan..
Aku terlalu leka...Aku sokmo lupa..Aku sentiasa buat-buat alpa
Aku tak mahu melakukan maksiat itu
Aku tak mahu melupakan-Mu
Aku tak mahu leka dengan keduniaan ini
Aku tak mahu!!
AKu tahu perkara yang aku lakukan itu salah...
Aku tahu perbuatanku itu batil
Aku tahu perlakuan ku itu dosa
Tapi mengapa badanku tegar juga melakukannya
Ampunkan Aku Ya Rauf..
AKu lemah...
Kenapa aku begitu mudah terpengaruh
dengan anasir jahat
dengan nafsu gelojoh
dengan bisikan syaitan
sedangkan ku tahu itu salah
Bantu aku Ya Allah
Help me
Give me the strength to be a muslim who really love You and all the muslims.

Aku sokmo kata pada diriku
Aku nak tolong saudaraku di Palestin, di Iraq, di India, di Thailand, Burma dan banyak lagi
Dan apa yang boleh aku buat adalah belajar bersungguh-sungguh
Tapi apa yang aku buat?
Aku bergelak ketawa macam aku tak akan menghadapi mati
Aku membuang masa seperti masa itu menunggu aku
Aku terpengaruh dengan keduniaan yang tidak kekal

Ya Allah...
Bantu aku
Bantu tetapkan iman dan kekuatan ku dan seluruh umat Islam
Berilah kami cahaya-Mu
Jauhkan kami dari sikap pemalas...sikap buat-buat lupa dan sikap sombong kepada-Mu
Ampunkan kami Ya Allah
Bantulah kami!

Saturday, October 18, 2008

What am I Doing??

Haa...
Aku tak tahu nak buat apa..
aku tak tahu kenap aku jadi sebegini...
berpelakuan seperti tidak pernah diberi didikan agama...
Aku tak tahu...
Aku tak tahu apa yang aku buat
Aku tak tahu sebab apa aku buat begitu
sedangkan aku tau perbuata itu batil
Aku tau perlakuan itu salah
Tapi aku tak tau kenapa aku tak melakukan yang haq

Seringkali aku mengingatkan diriku
Seringkali aku mengutuk diriku
Seringkali aku menyesali diriku

Tapi
Aku tak tau kenapa aku masih buat prkara yang sama
Wahai diri
Tidak takutkah ku pada Dia YaNg Maha Esa
DIa Yang Maha Melihat

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Aku mahu berubah
Aku tak nak tepengaruh dengan keduniaan sementara
Aku mahu meletak mruahku di tempat yang tertinggi
yang tak dicapai oleh manusia..
Aku tak nak bergelak ketawa
seperti oang yang tidak prnah akan mati

Aku tak nak terlalu bergaul dengan lelaki
seperti orang yang tiada iman

Aku terpaksa pergi
untuk meneruskan perjuangan ini
Ya Rahim Ya Fatah
bukakanlah hatiku
tetapkan imaku
dan berikanlah aku kekuatan!!


Allahuakbar!!

Saturday, October 04, 2008

Could I Be The Hero?

There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
It's a long road
When you face your world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time
You'll find the way



------------------------------------------------------------------------------------------

Lagu ni mengingatkan aku ketika aku dalam keletihan dan kecapekan serta dihurungi kebosanan dengan maktab.

Aku dah penat!
Itulah yang selalu aku sebut.
Adakah aku manusia yang tak bersyukur?
Sebelum ni bagaikan nak rak aku selalu kata yang aku nak masuk MRSM.
Tapi bila dah masuk, aku selalu kata dan dan rasa yang aku nak keluar
AKu dah tak tahan
Aku tension
Aku bosan
Bosan dengan peraturan yang merepek-merepek
Bosan dengan masa keluar asrama yang kena tepat pada waktu, jadual pagi yang sama, prep, kelas intensif dan macam-macam lagi.
Bayangkan.
Bangun 5.30- 6.00 pagi. Rebut bilik air. Rebut tempat iron. Rushing keluar asrama.
Petang pula...Prep..Kalau masa prep tu kami kena buat homework ok jugala..ni ade kelas instensif. Malam ade kelas mentor. Masa yang tak cukup.

Kelas mentor yang diwajibkan pergi kepada mentor untuk mengajar mentee-menteenya.
Kadang-kadang terdetik juga dalam hati. Kenapa kena pergi? Kalau aku pergi, bukannya mentee-mentee ku nak hargai pon. Masa program mentor mentee bukannya bincang apa sangat. Lagipun aku tak pandai. Nak ajar diri sendiri pun tak abis lagi.Ni nak ajar orang.
Adus....

Kat kelas pula..Sokmo kena kacau. Sokmo kena gelak. Ok la. Fine. Dieorang kata nak gelakkan aku sebab nak ceriakan kelas. Habis perasaan aku takde pulak dieorang fikir.
Adus. Sakit hati betul. Cuba kalau korang kene jadi bahan gelak. Marah tak? Sokmo rasa macam maruah diperkotak katik je. Geram betul.
AKU X SUKE!!
PAstu kelas tu especially untuk Sem 2 ni dah bosan. Untuk Sem 2 ni kene reshuffled class. Ramai student lain masuk kelas kami. TAK SUKE!!
Tak bebas apa yang nak buat. Suka pandang orang lain pelik. Suka sangat letak standard kat orang. X open minded + x sporting. geramnya
AKU X SUKE!!
Sekarang ni aku cukup benci duduk dalam kelas sendiri.
Cukup x suka untuk menghadap classmates sendiri. Adus

Kalau balik bilik pon macam x de masa. Yelah. Habis prep pukul 11.00 malam. Light off pukul 12.00. Sempat ke aku nak study? Takdenye. AKU nk minum air.nk supper lagi. takkan sempat.
Pastu result jatuh. Result jatuh. Aim Aku. Sebab aku mentor.
And Aku Mentor Paling Teruk Punye Result!
Aku sokmo tanya diri aku..
Berupayakah aku untuk kekalkan jawatan mentor
and dapat 3.5 ke atas untuk Sem kedua ni??
Aku tak tahu....

Aku perlukan pointer 3.5 ke atas untuk setiap sem, dan straight A's untuk SPM bagi melayakkan aku dapat SKIM PELAJAR CEMERLANG (SPC) untuk ke oversea.
Aku nak gi oversea. AKu nak berjaya...
So, I could be the hero for my parents, my family, my school,
Aku nak berjaya and tegakkan Islam. Maybe its hard. Tapi bila aku tengok anak-anak kecil Palestin, Iraq dan ramai lagi jadi mangsa. Aku rasa geram. Mungkin Aku bole selamatkan dieorg.
Sebab tu aku kena belajar betul-betul.
Could it be a jihad?

And Could i be the hero for them?