Sunday, November 16, 2008

TiPs MeNJaGa CiNta, SaYaNg dan RiNDu


Suka itu Fitrah
Sayang itu Fitrah
Cinta itu Fitrah

Suka itu indah
Sayang itu indah
Cinta itu indah

Mahukah kita cemarkan keindahan fitrah cinta itu dengan ikutan nafsu?
Sudah tentu jawapannya tidak.
Tetapi mengapa mata ini masih mahu memandang
Mengapa hati ini masih lagi mahu dikotori dengan zina hati

Adakah rindu itu salah
Adakah cinta itu salah

Tidak. Cinta, rindu, sayang dan suka tak salah. CUma yang salahnya bagaimana kita mahu menjaga perasaan-perasaan itu.

Tips menjaga cinta, rindu dan hati

1. Jauhkan mata daripada memandang si dia. Memang syok pandang dia. Comel, handsome... tapi sanggupkah kita cemarkan perasaan dengan maksiat mata?
Kawal diri!

2. Solat dengan khusyuk. Memang susah nak dapat kekhusyukan dalam solat. Terutamanya kalau hati penuh dengan bayangan si dia. Tapi still force diri untuk solat.

3. Perbanyakkan doa dan ibadah kepada Yang Maha Pencinta. Minta supaya hati dan cinta ikhlas untuk-Nya.




Sebenarnya ini juga ingatan kepada diri sendiri yang masih lemah mengawal perasaan. Masih lemah mengawal hati. Masih lemah mengawal mata.
Doakan diri ini supaya berjaya mengawal hati.

No comments: