Hari ini aku bangun pukul 6.15 pagi dan sampai ke sekolah sebelum loceng dibunyikan. Itu merupakan suatu perkara yang baik bagiku kalau hendak dibandingkan dengan hari sebelumnya.
Hmm..
Hari ini ada ujian EST, Kimia dan bahasa Melayu. EST sudah semestinya aku dapat jawab dengan mudah kerana aku tak suka EST dan aku akan habiskan kertas itu dengan pantas memandangkan aku rasa seperti hendak muntah melihat soalan-soalan EST. Huhu. Tidak tahu mengapa.
Kertas kimia merupakan kertas yang paling menyakitkan hati. Untuk bahagian kedua, 3/4 soalan aku tidak mengerti langsung. Huhuhu
Kertas Bahasa Melayu boleh lah.
Hehe...
Kemudian masalah lain. Kak Farihin minta aku jadi peserta simpanan untuk forum. Aku memang berminat tetapi malangnya beberapa orang kawan-kawanku yang merupan pelapis untuk tahun depan sangat teruja untuk menyertainya. HUhu... Adakah ini pilihan yang bijak untuk aku terima? Hmm.. apa-apa pun aku harap semuanya berjalan lancar.
Apa lagi ya?
Oh ya. Aku tengok satu drama jepun ni. Sangat menarik.
Tajuknya Yamada Taro Monogatari .
best
Tuesday, February 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment