Huaaaaaaa............
Lamanya aku tak tulis blog. Kenapa ya?
Mungkin sibuk sangat.
Sibuk dengan apa ya?
- Sekolah
- Kerja Sekolah
- Aktiviti persatuan
- Main permainan berkomputer
- Tengok anime dan wayang di komputer
Aduh. Apa yang terjadi kepada diriku?
Aku sekarang ni macam penagih je.
Patutlah kebanyakan ibubapa risau apabila melihat anak mereka bermain permainan komputer ataupun tengok drama ataupun wayang.
Ini kerana, perkara-perkara seperti ini boleh menyebabkan seseorang itu ketagih dan ketagih untuk melakukan aktiviti yang melekakan ini.
Dan aku adalah salah seorang daripada mereka.
Astagfirullah.
Aku nak berhenti, tetapi malangnya pergerakan tubuh badanku bertukar apabila berhadapan dengan komputer dan internet.
Komputer dan internet yang sepatutnya menjadi medan pencetus minda, gelanggang ideologi dunia, bertukar dengan hiburan-hiburan yang tak berfaedah.
Aduh.
Hmm...
Sekarang ni aku akan cuba untuk mengaktifkan diri dengan menegakkan pena supaya dapat mempertingkatkan kemahiran penulisan dan bahasa.
Petang tadi, akhbar Utusan menarik perhatian ku.
tetapi BUKAN cerita omongan kanak-kanak politikus yang hanya mengutuk dan mengeluarkan manifesto yang menarik pada citra perancangan tetapi susah untuk pembinaan danperlaksanaannya.
Aku bukan benci politik, tetapi aku tak suka sistem politik, sistem pilihanraya di Malaysia.
Berbalik kepada cerita yang asal,
aku tertarik dengan berita di Utusan.
Pertandingan Pidato Timbalan Perdana Menteri.
Beberapa informasi yang mencuri perhatian:
- bahasa melayu merupakan bahasa ke-4 dunia.
Bayangkan berjuta-juta bahasa di dunia, tetapi Bahasa Melayu antara 5 bahasa terulung dunia.
Tapi kenapa aku dan bangsa Melayu sendiri tidak menghargai bahasa yang pernah menjadi lingua franca?
- Jika hendak dibandingkan antara orang Melayu dan orang bukan Melayu khasnya orang yang jauh daripada orang Melayu,
nampaknya orang yang tidak menetap di negeri melayu dan tidak dikenali oleh orang Melayu, adalah lebih lancar dan fasih dalam berbicara bahasa ini.
Sebabnya, orang Melayu termasuk aku, terlalu banyak dialeknya, terlalu moden bahasanya sampaikan mahu merojakkan bahasa sehingga menghilangkan keindahan sebuah bahasa agung.
Tidak salah andai mahu mencampurkan bahasa Inggeris dan Melayu dengan niat untuk memperbaiki bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayu itu perlu dijaga. Dijaga ketika dalam perbualan, pembentangan, dan penulisan. Menyertai beberapa aktiviti melibatkan bahasa Melayu ini juga dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan perbendaharaan kata.
Ini ingatan buat diriku juga yang sering merojakkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain. Huhu
Sebenarnya banyak juga yang ingin aku utarakan, tetapi mungkin 'mood' itu tiada. Entahlah.
Ps- Tak sabar tunggu akhbar esok. Mahu baca berita politik yang menarik.Berita politik di Amerika Syarikat yang lebih menarik berbanding cerita-cerita politik yang dikarang politikus yang kewibawaan dan kualiti yang boleh dipersoal.
I VOTE OBAMA!
Saturday, February 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment