Saturday, October 06, 2007

PMR 2007


Tanggal 5 Oktober 2007 yang lalu, dengan bangganya aku menaikkan kelapan-lapan bendera kemerdekaan setelah 3 tahun berhempas pulas mengambil kemerdekaan daripada Prime Minister Royalist (PMR).

hehe..Tapi kemerdekaan aku hanya tahan dalam beberapa minggu je.

Sebab nanti aku terpaksa buat persediaan bagi menghadapi penjajah

Sultan Putera Mahkota (SPM) pada tahun 2008-2009.


Walaubagaimanapun, sekarang aku bukan nak tulis persediaan utk menentang SPM, tapi aku nak ulas mengenai PMR.


Aku rasa PMR kali ini paling susah, tapi Alhamdulillah boleh jawab.

Semua soalan ramalan yang cikgu-cikgu di kebanyakan sekolah tak keluar. Hehe.. Teori aku...mungkin kali ini dia ambil soalan PMR yang paling sulit setelah diketahui umum bahawa soalan UPSR yang lalu, 100% bocor. Huhu..Lepas ni, tak mahulah aku percaya soalan ramalan.

Baik aku percaya instinct aku je. Sebab instinct kita kadang-kadang lebih tepat :D


Sekarang ni aku lebih cenderung nak mengulas paper PMR untuk subjek Sejarah. My favourite subject and my favourite paper.

Untuk paper Sejarah, soalannya lebih cenderung untuk topik-topik tingkatan 3. Tajuk-tajuk mengenai peranan perpaduan sehingga terbentuk Malaysia. Aku memang setuju topik-topik ini keluar memandangkan soalan-soalan ini boleh menjadikan pelajar-pelajar tahu tentang kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh datuk dan nenek kita dahulu semata-semata untuk mencapai sebuah kemerdekaan.

SAYA SETUJU! hehe..Sebab bila aku belajar subjek Sejarah untuk Tingkatan 3, aku rasa kagum dengan tokoh-tokoh kemerdekaan yang berhempas pulas mendapat kemerdekaan. Dan dalam masa yang sama, aku berasa sedih dan sayu, apabila tokoh-tokoh negara ataupun lebih tepat lagi pemimpin-pemimpin yang menjadi musuh dalam daging bagi negara sendiri. Senang-senang je duit-duit rakyat dan harta-harta negara dihabiskan untuk nafsu dan kehendak sendiri pemimpin-pemimpin keparat ini. Hmm.. kalau dilihat sebetul-betulnya, nasib Malaysia seperti telur dihujung tanduk. Huhu

Sudah pasti Tunku Abdul Rahman, Tun Sambanthian(cmni ke ejaannya. Kalau salah maaf ya), HS Lee, dan ramai lagi akan menangis kerana penat usaha mereka mendapatkan kemerdekaan mungkin akan dimusnahkan oleh generasi pasca-merdeka. I hope I can do something with my beloved country,Malaysia.


Berbalik kepada paper PMR Sejarah, satu perkara yang aku tak puas hati adalah soalan yang dia beri satu gambar dan kita kena berikan nilai yang terdapat dalam gambar tersebut.Contoh:


dia kasi gambar pokok bakau. Nyatakan nilai yang ada bagi pokok bakau ini?


A- Kesyukuran ( boleh jadi jugak, sebab paya bakau tulah yang melindungi sesuatu tempat daripada ancaman musuh dan tsunami. Sebab tu ada nilai kesyukuran)


B- Keberanian (logik juga. Sebab paya bakau tu boleh menjadi simbolik kepada keberanian menentang ombak. Dan mempertahankan kawasan itu)


C- Ketabahan ( simbolik kepada ketabahan sebatang pokok yang berusaha dengan tabah sepanjang masa tanpa mengira penat dan lelah mempertahankan kawasannya. Ia tabah walaupun setiap masa dirempuh ombak. Dan masih tabah even ombak tsunami tu datang. Sebab tulah Malaysia terselamat drpd tsunami. Jasa paya bakau.)


D- Kebanggaan- ( paya bakau sememangnya menjadi kebanggaan sesuatu tempat kerana keupayaannya yang sangat hebat dan unik)


Hmm... Apa pilihan anda?


Soalan ini memang memerlukan pemikiran yang mendalam. Walaubagaimanapun, daripada pemikiran akan melahirkan banyak pendapat, teori dan tafsiran. Sama dengan subjek Sejarah, fakta-fakta sejarah ditafsirkan berbeza-beza mengikut pentafsir itu sendiri dan juga penyelidik sejarah.

Sebagai contoh, sejarawan Barat mengatakan bahawa kedatangan Barat ke Tanah Melayu adalah untuk membantu Tanah Melayu yang masa itu dalam kekacauan politik dan ekonomi. ( Ada logiknya juga, sebab pembesar-pembesar dan raja-raja Melayu memang suka bertelagah)


Sejarawan negara pula mengatakan bahawa kedatangan Barat ke Tanah Melayu adalah untuk mengeksploitasi hasil bumi bertuah ini.

(Ada logik juga. Yelah kalau tidak, macam mana boleh terjadinya jurang ekonomi, yang diwujudkan oleh Barat sehingga kesannya ada sehingga sekarang) Hebat betul.
Note- Sejarah itu iktibar. Bukan setakat fakta