Friday, May 25, 2007

Kek Batik Kek Marie?





Bahan-bahan


250gram butter

1 cawan gula pasir

5 sudu besar serbuk milo

5 sudu besar serbuk koko
1/2 gelas sudu cair (cth: Dutch Lady)

3 biji telur

satu bungkus biskut marie vanilla ( pecah-pecahkan)




Cara-cara


1- Cairkan butter di dalam kuali yang besar


2- Setelah cair, letakkan secawan gula, 5 sudu besar serbuk koko dan 5 sudu besar serbuk milo. Kacau di dalam api yang kecil.


3- Setelah itu, letak susu. Kacau. Kemudian,bancuh telur dan letak dalam kuali. Pastikan api sangat kecil ataupun tutup api untuk mengelakkan terjadinya telur goreng bersalut cokelat :P Dan kacau lagi sampai anda semua berpuas hati.


4- Apabila anda sudah berpuas hati dengan rasanya, letakkan biskut marie yang telah dipecah-pecahkan ke dalam kuali. Kacau dan salutkan biskut itu dengan cokelat tersebut.


5- Kemudian letakkan di dalam bekas. Mampatkan ia dan sejukkan




Selamat mencuba

Wednesday, May 23, 2007

Satu kekecewaan

Alhamdulillah, hari ini peperiksaan pertengahan tahun telah berakhir.
Tetapi keputusannya sedikit sebanyak sudah aku ketahui.
Dan satu yang paling mengecewakan adalah kertas Matematik yang keputusannya begitu begitu mengecewakan. huhu
impian ku untuk masuk ke MRSM rasanya sudah tertutup.
dan lebih mengecewakan semua teman-teman mendapat keputusan yang boleh dibanggakan melainkan aku,mendapat keputusan yang begitu teruk walaupun aku tak gagal.
Hanya mungkin mendapat gred B.
Cerita yang sungguh-sungguh menyedihkan.
Hari ini, kertas terakhir adalah Sejarah. Dan soalannya terlebih 'senang' aku pun terkial-kial nak jawab. Susah sangat.
Adoi... habislah aku....
Memanglah.. peperiksaan pertengahan tahun aku ni paling teruk dalam sejarah aku. huhu.. Yeke?
Dan ianya begitu menyedarkan aku, mungkin agak membanggakan diri iaitu dengan terlalu memanjakan diri, walaupun aku study jugak.
huhuhu
SEDIH!!!!!!
KECEWA!!!

Tu je lah... Hehe...jarang sangat aku luahkan suara hati kat blog.
hahahahuhuhuhaha ... (gile skit :P)