Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu
Ps- Haha..cukup perlian..hehe
Wednesday, February 21, 2007
Sunday, February 04, 2007
Steam Sky Cake
Hari ini saya membuat kek cokelat untuk seorang teman yang akan menyambut hari lahirnya esok. Menggunakan kaedah kukus/steam, hasilnya sangat memuaskan. Ini adalah resipinya.
Cuba jangan tak cuba ya!
Bahan-bahan
Bahan A
200g tepung gandum
50g serbuk koko
setengah camca teh serbuk penaik
Bahan B
250g butter
250g gula pasir
3 biji telur
1 camca teh esen vanilla
setengah cawan susu
Pertama letakkan butter ke dalam mangkuk dan biarkan untuk membiarkan ia lembut sedikit.
Sementara itu,ayakkan bahan A. Ketepikan
Kemudian pukul butter dan gula pasir. Kemudian letak esen vanilla. Selepas itu letak sebiji telur,bahan A(sedikit demi sedikit).
Apabila adunan sudah siap. Letak dalam bekas lapik kertas. Kemudian letakkan ke dalam pengukus. Tetapi pastikan pengukus tu airnya sudah mendidih.
Senang bukan? Menggunakan kaedah mengukus adalah lebih mudah, lebih cepat dan mudah dibersihkan. Tunggu apa lagi.. Cubalah!

I'm The Winner!!
Huahua...akhirnya berjaya juga aku menukar wajah blog ini. Menukar wajah blog mengambil masa tiga hari. Lucu kan? haha...
Walaupun aku just amik orang punya credit tapi dengan usaha yang berterusan aku berjaya juga menghasilkannya ( dengan sendiri) . huahua...
Kepada sesiapa yang dah melawat blog ini, sila antar message dkt cbox ye.. hehe.. biar saya tahu kewujudan blog saya di mata anda. Dan kalau anda lebih rajin, promosikanlah blog saya.
haha
sekian...
(maaf menggunakan bahasa dan tatabahasa yang bercampur aduk)

Thursday, February 01, 2007
Mengapa tindakan kita berbeza daripada yang kita mahukan
2007. Pasti setiap antara kita masing-masing mempunyai azam baru.
Ada yang mahu menjadikan tahun 2007 adalah lebih baik daripada tahun 2006 ( saya pun begitu) .
Dan pada minggu pertama dan kedua 2007 kita masih dalam kondisi memegang azam yg telah dibuat. Tetapi mengapa pada minggu ketiga, azam yang dipegang semakin lemah dan mungkin lama kelamaan azam itu akan terus dilupakan.
Kita selalu bermuhasabah diri sebelum dan selepas pergi melakukan tanggungjawab dunia. Tapi, mengapa apabila berjumpa dengan sedikit cabaran atau dugaan dunia kita terus melupakan azam kita? Mengapa?
Dan apabila pulang ke rumah, kita akan rasa menyesal, mengapa kita melakukan perkara sedemikian. Esok pagi pun kita masih rasa menyesal dan berazam untuk memperbaiki diri.
Tapi... kehidupan kita sama seperti hari sebelumnya! Di manakah azam yang selalu diletakkan dan dijunjung di dalam fikiran?! Di manakah kegunaannya bermuhasabah setiap pagi atau sebelum tidur andai kita melakukan perkara yang sama?
Bagaimana hendak menjadi lebih baik dan menunaikan azam kita sampai bila-bila dan bukannya bertahan setakat 2-3 minggu sahaja? Ada cadangan?
Ps- Saya juga seperti itu. Masih mencari di mana saya meletakkan nilai diri dari tindakan dan hak kepada diri sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)