Hujah yg sering ditimbulkan oleh mereka yg
ber"couple" sblm kawin..=p
Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi
awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang,.
Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah
itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan
pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak
berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis
akan memerangkap kamu. Iblis amat
berpengalaman dan tipu dayanya sangat
halus. Ia telah menipu moyang kita yang
pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.
Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau
bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang
ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah
menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta*
menjurus kepada penzinaan. Ada yang
bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja.
Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang
dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi
perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan
nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan
mengheret kepada suatu pertemuan.
Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu
sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan.
Tidakkah itu boleh membawa kepada
perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun
zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan
peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan
iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu
melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina
hati iaitu dengan khayalan berahi dengan
kekasih sepertimana yang digambarkan oleh
Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina
dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki
juga berzina dan zinanya menuju ke tempat
pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya
adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan
amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui
mana-mana jalan perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?
Bincang pelajaran sahaja!* (bagi kes belajar
berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu.
Allah tahu apa yang terselit di dalam hati
hamba-hambaNya. Kita belajar nak
keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau
tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan
membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak
bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung
disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka
kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah
ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan
jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan
ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study
Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja,
manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja?
Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun,
carilah group study ramai sikit. Kalau duduk
berdua-duaan macam ni... betul ke bincang
pelajaran?
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,
yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan
fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak
berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak
kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat,
tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan
fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan.
Itulah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group*,
saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan
rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis
yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina
kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang
cemerlang yang belajar hanya dengan kaum
sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak
terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .
Takkanlah tak ada langsung ruang yang
dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada
kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin
memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging)
adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri
seseorang, tak normal namanya. Islam bukan
datang membunuh naluri dan keinginan itu,
tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri
seperti yang dilakukan oleh para paderi atau
sami. Jangan nafikan naluri ini.
Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan
salah dan berdosa kalau perasaan itu datang
tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.
Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita
sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan
hambar tanpa naluri atau nafsu.
Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu
perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul,
cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan
qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta
murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam
menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan
dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia
menegah cinta antara lelaki dan perempuan
sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan
sebagai ganti yang lebih baik.
Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut
bagi dua orang yang saling mencintai kecuali
nikah. (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
Kalau begitu, cinta* remaja semua
menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu
perasaan turut terusik. Kemudian perasaan
dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian
diatur pertemuan. Kemudian duduk
berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi
sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga
malam gelap. Hubungan makin akrab, dah
berani pegang tangan, duduk makin dekat.
Kalau tadi macam kawan, sekarang macam
pengantin baru semalam bukankah mereka
semakin hampir dengan penzinaan? Berapa
ramai orang yang bercinta telah sampai
kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan.
Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan
kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda
daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap
selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu
kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia
tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan
supaya jauhi perkara yang ditegah takut
manusia akan kecundang.
Jadi manusia itu tidak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,
sejak dari awal penciptaan manusia. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.
Allah tegah Adam dan Hawa supaya
tidak memakan buah khuldi dalam syurga.
Buah yang lain boleh makan. Allah tahu
kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan
diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan
Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau
dan isterimu di dalam syurga serta makanlah
dari makanannya sepuas-puasnya apa yang
kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok
ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu
adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan
buah khuldi. Jika menghampiri perkara
tegahan, takut nanti mereka akan
memakannya.
Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina.
Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang.
Takut apabila berhadapan dengan godaan
zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah
kita belajar daripada pengalaman nenek
moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.
Bercinta adalah untuk mengenal hati budi
pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa
sedang bercinta? Bercinta penuh dengan
lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.
Masing- masing akan berlakon dengan watak
terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan
berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk
ada yang pujuk.
Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan
ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa
dan tertipu dengan keperibadian pasangan
semasa bercinta. Perangai pasangan jauh
berbeza. Macam langit dan bumi. Masa
bercinta, dia seorang yang amat penyayang,
penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat
sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat
lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan
dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai.
Percintaan adalah suatu kepuraan atau
hipokrit.
Percayalah, kami bercinta demi merancang
kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak
mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang
terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah
yang menganugerahkannya. Bagaimana
mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan
mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah.
Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah
melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak
meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai
Allah adalah cinta selepas kahwin.
Bagaimana untuk mendapat keluarga yang
bahagia jika langkah mula sudahpun
canggung, bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang
angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.
Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi
nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi
isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat,
abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya
iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan
budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu
masa untuk dikorbankan.
Namakan apa nama sekalipun, abang angkat
ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan
akhirnya akan bertemu dengan zina.
Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah
hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh
manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang
yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan
orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah
dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga
diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum
kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta
sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya
ditumpahkan kepada orang yang belum layak
menerima cinta suci.
Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak
adalah ditentukan oleh Allah. Adakah orang
yang bercinta* hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah
dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka
menghampiri perzinaan. Manakala orang yang
bercinta dan pernah berzina tidak layak
berkahwin
kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya)
tidak ingin berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina atau perempuan
musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula
tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki
yang berzina atau lelaki musyrik. Dan
perkahwinan yang demikian itu terlarang
kepada orang-orang yang beriman.(Surah
An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak
sesuai untuk berkahwin dengan orang yang
tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu
penghinaan dari Tuhan?
Jadi orang yang bercinta* hanya layak
berkahwin dengan orang yang pernah
bercinta* juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya.
Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki
yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang
baik.
Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak
sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan
diharap pada janji lelaki. Mereka hanya
menunggu peluang keemasan sahaja. Habis
madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap
kerana ia sering berulang sehingga menjadi
pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang
penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki,
apabila ingin mengambil seseorang wanita
sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu
untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita
yang baik. Tetapi untuk berseronok dan
berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih
perempuan murahan kerana ia suatu
pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia
lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh
maruahnya pada pandangan lelaki?
*(tidak mengikut syariat)
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka
pada barang yang second hand sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah
mereka menggambarkan perempuan seperti
kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.
Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula
yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan
segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke
hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
Masih adakah orang yang tidak bercinta di
zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu.
Golongan ini akan sentiasa ada walaupun
jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu
suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang
memelihara
kehormatannya serta orang-orang perempuan
yang memelihara kehormatannya (yang
memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah
telah menyediakan bagi mereka segala
keampunan dan pahala yang besar. (Surah
Al-Ahzab: 35 )
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan
taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan
kekuatan untuk mendapat redha-Nya.
Kami ingin mendapat redha Tuhan.
Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang
sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga
syarat:
i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan
hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak
tanduk hidup yang menjurus diri dalam
percintaan.
iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan
bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan
seseorang yang bernama isteri atau suami.
Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan
penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku
untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci
kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak
yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga
diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang
lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa
Amin , yarabbal alamin.
Moga Allah terima taubat mu.
Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,
tidak ke mana!
Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang
ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah
taubat mereka..
Monday, January 29, 2007
Sejarah 10 Muharram
Baru selesai membaca cerita sedih tentang kematian Imam Husien, cucu Rasulullah S.A.W
: Untuk membaca artikel kisah sedih 10 Muharram

Sunday, January 28, 2007
Hari Asyura
Sebenarnya saya cukup keliru mengenai puasa Asyura.
Alhamdulillah saya sudah mendapat jawapannya di forum www.muslimspace.com. Ini adalah article yang saya copy dari topik di forum tersebut.
First of all, it is very important to make it clear that fasting on the day of `Ashura' – the 10th of Muharram- is of great merits in Islam. The Prophet (peace and blessings be upon him) said, "Fasting the day of `Ashura' (is of great merits), I hope that Allah will accept it as an expiation for (the sins committed in) the previous year" (Muslim).
Later, before the end of his life, the Prophet (peace and blessings be upon him) told Muslims to add the 9th day also. Thus, it is recommended to fast on both the 9th and 10th of Muharram.
Moreover, in his well-known book, Fiqh As-Sunnah, the late Sheikh Sayyed Sabiq states:
Abu Hurayrah reported: "I asked the Prophet: 'Which Prayer is the best after the obligatory Prayers?' He said: 'Prayer during the mid of the night.' I asked: 'Which fasting is the best after that of Ramadan?' He said, 'The month of Allah that you call Muharram'" (Ahmad, Muslim, and Abu Dawud).
Fasting the Day of `Ashura' is not to mourn the martyrdom of imam Husain (may Allah be pleased with him). We deeply respect Imam Husain's martyrdom, we honor his glorious act of sacrifice for the sake of Islam. He gave us a great example of truth, courage and piety. But we also feel pain and grief in our hearts for his assassination at the hand of some hypocrites who took Islam as a pretext to commit their crime. They fought and killed Allah's Messenger's beloved and blessed grandson and his family. This was the most heinous and shameful crime that was committed for the sake of political power. This tragic event took place in the year 61 AH or 680 CE. However, the tradition of `Ashura' fasting is very ancient and it goes back to a long time before imam Husian.
It is reported in the Sahih of Imam Al-Bukhari and other authentic collections of hadith that the Prophet (peace and blessings be upon him) and his Companions used to fast on the 10th day of Muharram while they were in Makkah (before the hijrah).
It was a day on which people of Makkah used to change the covering (kiswah) of the Ka`bah. Quraysh also used to fast on this day. (Al-Bukhari, hadith 1489 and 1760)
After the hijrah when the Prophet (peace and blessings be upon him) came to Madinah, he found that the Jews of Madinah also used to observe this day with fasting. The Prophet (peace and blessings be upon him) asked them the reason of their fasting on this day. They said, "This is a blessed day. On this day Allah saved the Children of Israel from their enemy (in Egypt ) and so Prophet Musa fasted on this day giving thanks to Allah." The Prophet (peace and blessings be upon him) said, "We have more claim to Musa than you." He fasted on that day and commanded Muslims to fast on this day. (Al-Bukhari, hadith 1865)
In another report it is mentioned that Jews of Madinah used to hold a feast on this day. The Prophet (peace and blessings be upon him) told his Companions to fast instead. (Al-Bukhari, hadith 1866)
`Ashura' fasting was obligatory (fard) in the beginning. In the second year of hijrah (624 CE) when Allah's command came that Muslims should fast the whole month of Ramadan, the Prophet (peace and blessings be upon him) then sent someone to announce to people that fasting of `Ashura' had become voluntary (nafl). This indicates that whosoever wishes to fast, may fast and whosoever does not want to fast, there will be no blame on him/her.
Imam at-Tirmidhi mentioned that ibn `Abbas (may Allah be pleased with them both) used to say that we should fast on two days: the 9th and 10th of Muharram to distinguish ourselves from the Jewish community. (At-Tirmidhi, Hadith 686)
Mu`awiyyah ibn Abi Sufyan reported that he heard the Messenger of Allah say: "Concerning the day of `Ashura', it is not obligatory upon you to fast on it as I do. Whoever wishes may fast and whoever does not wish to is not obliged to do so" (Al-Bukhari and Muslim).
It is noteworthy that Muslim scholars have stated that fasting of `Ashura' is of three levels as follows:
1. fasting for three days, i.e., on the 9th, 10th, and 11th of Muharram,
2. fasting the 9th and 10th of Muharram, and
3. fasting only the 10th of Muharram

Thank you mother
Esok ade 'oral' untuk English. Setiap pelajar dikehendaki membuat satu persembahan.
Pada awalnya saya bercadang untuk mendeklamasikan sajak berkenaan sahabat. Tapi saya tukarkan kepada puisi Inggeris buat bonda tercinta. Saya merasakan buat apa saya menujukan puisi kepada orang yang saya belum jumpa. Adalah lebih baik jika saya menujukan puisi itu kepada orang yang betul-betul bermakna buat diri saya.
hayatilah...
For as long as I can remember
you have been by my side
to give me support
to give me confidence
to give me help
For as long as I can remember
you have always been the person I looked up to
so strong
so sensitive
so pretty
For as long as I can remember
and still today
you are everything a mother should be
For as long as I can remember
you have always provided stability within our family
full of laughter
full of tears
full of love
So much of what I have become
is because of you
and I want you to know
that I appreciate you, thank you
and love you
more than words can express

Saturday, January 27, 2007
Ingatan semangat buat kita
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Friday, January 26, 2007
Best of Friends
The best of friends,
Can change a frown,
Into a smile,
when you feel down.
The best of friends,
Will understand,
Your little trials,
And lend a hand.
The best of friends,
Will always share,
Your secret dreams,
Because they care.
The best of friends,
Worth more than gold,
Give all the love,
A heart can hold.
Ps- Are there still a friend like that?
Can change a frown,
Into a smile,
when you feel down.
The best of friends,
Will understand,
Your little trials,
And lend a hand.
The best of friends,
Will always share,
Your secret dreams,
Because they care.
The best of friends,
Worth more than gold,
Give all the love,
A heart can hold.
Ps- Are there still a friend like that?
Are u my true friend?
I need to know if you’re my true friend,
will you be by my side until the end?
Can I tell you my secrets deep,
and trust them in your heart you’ll keep?
We are neither of us without our flaws,
can you accept mine as I will yours?
I’ll be a shoulder to cry on when you’re blue,
will you be there for me when I need you?
No matter how busy I will make time for you,
if you are busy will you make time for me too?
I will take your hand and comfort your tears,
will you hold me and soothe my fears?
I will give you joy and many warm smiles,
can we share that even across many miles?
I will not forget what’s important to you,
will you remember what’s important to me too?
With you my most favourite things I’ll share,
If only I know do you truly care?
If you can accept me as I do you,
then I will know you are a friend most true.

Thursday, January 18, 2007
Dia seorang guru
Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
Ismail Haji Adnan PPK
22 Februari 1989

Satu keputusan
Aku ingin bertanya...
Mengapakah apabila kita membuat satu keputusan yang aku kira muktamad, kenapa kemudiannya ada rasa ragu dan was-was.
' Adakah keputusan yang aku pilih muktamad? '
Kita sebagai manusia biasa tak akan dapat mengetahui apakah perjalanan yang bakal kita lalui seterusnya. Apabila kita dah bergerak ke hadapan tiada dapat menoleh ke belakang. Pernah saya menonton satu drama bersiri Inggeris, 'True Calling '.
Seorang wanita yang dapat pergi satu hari lagi awal untuk menghalang sesuatu pembunuhan. Bagi saya ianya tidak logik kecuali dengan izin Allah.
Berbalik pada topik asal, jadi apa yang patut kita lakukan? Adakah meneruskan dengan keputusan muktamad yang masih mempunyai rasa ragu?
Atau adakah merubahkan keputusan yang telah kita buat semata-mata kerana ada perasaan ragu di dalam hati kita?

Friday, January 12, 2007
Ku kutip ilmu guru

Hujan melimpah basah bumi
subur ilmu mencanai akal
ia membawa secangkir air
tanah basah ketika dicurah
di titis ke padang tandus
menjirus ke pasir hangus
padi berisi semakin merunduk
ubi berisi diam menjadi.
Setitis dari lautan air
membasah ke padang ilmu
melimpah banjir
ke otak ahli fikir
di depan lautan kehidupan
menanti gelombang bimbang
aku mencari erti berani
di dalam kata-kata arifnya
kukutip ilmu guru
azimat keramat di dadaku.
Ami Masra UPM Serdang
1988
Jasamu dikenang

Terima kasih guru atas segala pengorbanan yg dikau curahkan.
Tanpamu, tiadalah aku beridiri sendiri dengan ilmu yang melekat di dada.
Terima kasih.
_____________________________________
Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.
Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.
Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.
Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.
Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.
Ahmad Sarju Klang
Mac 1988
Tuesday, January 09, 2007
Biadab terhadap Al-Quran
Perbuatan menjadikan ayat-ayat al-Qur'an sebagai nada dering (ring tone) telefon bimbit adalah perbuatan biadab yang mencemar kesucian kalam Allah. Perbuatan yang sudah agak berleluasa ini kelihatannya mendapat restu dari sesetengah pihak yang diamanahkan menjaga hal-ehwal Islam di negara ini, yang melihatnya sebagai suatu amalan yang baik dan patut digalakkan. Ini satu lagi contoh di mana masyarakat dikelirukan oleh ‘ulama palsu' yang diberikan amanah yang tidak patut mereka tanggung.
Persoalan menggunakan ayat-ayat al-Qur'an sebagai nada dering tidak boleh dibahaskan dalam kerangka hukum yang sempit. Ia bukan persoalan ada atau tiada nas, kerana pastinya tiada nas yang melarangnya! Ini adalah persoalan adab, dan adab adalah tatacara beragama yang tinggi dan luhur, yang melangkaui undang-undang dan halal-haram semata-mata.
Dengan menyifatkan perbuatan ini sebagai ‘biadab' kita bermaksud perbuatan ini hanya dilakukan oleh manusia yang tidak tahu adab, secara khususnya adab terhadap al-Qur'an.
Sayugia dihuraikan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan adab.
Adab secara mudahnya adalah 'perbuatan yang betul'. Betul ertinya benar, sah, dan baik pada pertimbangan ilmu. Adab mengisbatkan wujudnya susunan martabat dan darjat dalam kejadian, yang kesemuanya berpunca dan merujuk kepada Tuhan Yang Hak Yang Wajib Wujud. Adab terjelma apabila keadilan dilaksanakan, yakni apabila sesuatu itu diletakkan dalam akal dan perbuatan pada tempatnya yang betul.
Al-Qur'an adalah kalam Allah, dan ia mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam kerangka pemikiran yang dipancarkan oleh pandangan hidup Islam. Wajarkah ia dijadikan sebagai nada dering? Nada dering adalah bunyian yang digunakan bagi memaklumkan pemilik telefon bahawa ada panggilan masuk untuk dijawab, ataupun untuk fungsi-fungsi lain yang boleh diprogramkan. Dengan kecanggihan teknologi sekarang pengguna telefon boleh memilih berbagai-bagai jenis nada dering dari deringan yang ringkas kepada alunan muzik, nyanyian, suara manusia dan binatang, dan berbagai macam bunyian lagi termasuklah suara azan dan bacaan ayat al-Qur'an.
Memang benar kita umat Islam digalakkan membaca dan mendengar bacaan al-Qur'an. Tetapi ini bukan hujah membolehkan bacaan al-Qur'an dibaca atau dimainkan rakaman bacaannya di mana-mana sahaja. Ada pihak yang memasang kaset bacaan al-Qur'an melalui pembesar suara surau yang terletak di tengah pasar besar di mana orang ramai sibuk dan tawar-menawar barang keperluan harian. Mereka menyangka ini adalah perbuatan baik sedangkan ia adalah perbuatan yang terang-terang dilarang oleh al-Qur'an sendiri. "Apabila dibacakan al-Qur'an", firman Allah, "hendaklah kamu dengar dan perhatikan (apa yang dibacakan itu) serta berdiam diri (tidak berkata-kata)". Bagaimana perintah ini dapat dilaksanakan sedangkan tujuan orang ke pasar adalah untuk berjual-beli, bukannya mendengar bacaan al-Qur'an! Orang-ramai tidak boleh disalahkan kalau mereka tidak mempedulikan bacaan al-Qur'an. Yang salah ialah pihak yang menghina al-Qur'an dengan menjadikannya seolah-olah muzik latar di taman hiburan!
Oleh kerana ayat-ayat al-Qur'an itu, sebagai kalam Allah, adalah suci dan mulia ia hendaklah diletakkan pada tempat yang sejajar dengan kesucian dan kemuliannya. Justeru, sebagai contoh, ia tidak boleh disentuh melainkan oleh orang-orang yang suci dari hadas, dan tidak boleh dibaca di dalam tandas dan tempat-tempat yang kotor. Larangan ini bertujuan memelihara kesucian al-Qur'an, agar ia tidak diletakkan pada tempat yang tidak layak baginya atau diperlakukan dengan perlakuan yang tidak sepatutnya. Sesuatu yang asalnya mulia sekalipun, jika tidak diletakkan pada tempatnya yang sebenar akan tercemar atau hilang kemuliaannya, seperti "mengalungkan mutiara ke leher babi", memetik kata-kata Imam Ghazali.
Sepatutnya jelas sekarang kenapa perbuatan menjadikan ayat-ayat al-Qur'an sebagai nada dering adalah perbuatan biadab. Apabila terdapat panggilan masuk, yang menjadi perhatian ialah panggilan itu, bukan apa yang ingin disampaikan oleh ayat-ayat berkenaan. Pemilik telefon akan segera menjawab panggilan berkenaan, sekaligus menghentikan bacaan itu, bagi berbual dengan si pemanggil. Layakkah kalam Allah diperlakukan sedemikian?
Dalam soal adab terhadap al-Qur'an, kedudukan al-Qur'an sebagai kalam Allah itu yang mesti difahami dengan betul. Kalam (pertuturan) adalah sifat Allah yang qadim, dengannya Dia mengajar manusia, memberitahu, menjelas, menyuruh dan melarang, menyampaikan berita baik dan memberi amaran, agar mereka mendapat petunjuk dan terpelihara dari kesesatan.
Justeru, al-Qur'an hendaklah dibaca oleh pembacanya untuk diteliti, difahami, dan dihayati maksud dan tuntutannya. Untuk tujuan itu memadailah jika bacaan itu sampai ke pendengarannya sendiri. Ia boleh dibaca dengan kuat untuk didengari oleh orang lain sekiranya ada permintaan dan majlis yang sesuai. Malangnya tujuan asal ini sudah dilupakan. Kini yang lebih diutamakan ialah memaksa orang lain mendengar bacaan al-Qur'an dengan memainkan rakamannya melalui corong pembesar suara masjid dan surau dan di tempat-tempat perhimpunan ramai.
Di kalangan para sahabat Rasulullah ada sebahagian yang gemar membaca dengan kuat ayat-ayat al-Qur'an semasa sembahyang, dan sebahagian lagi membaca terlalu perlahan. Perbuatan membaca dengan kuat telah menimbulkan cemuhan dan kebencian orang-orang bukan Islam yang menyebabkan mereka mencerca Allah, RasulNya, dan KitabNya. Justeru ayat 110 Surah al-Isra': "Janganlah membaca dengan terlalu kuat (sehingga mengganggu orang lain) dalam sembahyangmu dan jangan pula terlalu perlahan (sehingga tidak didengari), carilah jalan pertengahan antara kedua itu." Pesanan dan peringatan ini dilakukan pada masa belum wujud lagi pembesar suara! Kita boleh lihat di sini betapa lemah-lembut dan bertimbang-rasanya ajaran Islam terhadap umat manusia, termasuk yang tidak menerima ajarannya. Hari ini, dengan pembesar suara kita boleh dengar bacaan ayat-ayat al-Qur'an dari jarak dua kilometer. Bayangkan apa yang dirasakan oleh orang-orang yang tinggal di sekitar masjid! Tidak hairanlah orang-orang bukan Islam mengelak dari tinggal berhampiran dengan kawasan masjid atau surau.
Kita jangan lupa, di sebalik galakan membaca al-Qur'an terdapat juga amaran terhadap pembaca al-Qur'an. "Berapa ramai orang membaca al-Qur'an", sabda Rasulullah, "sedangkan al-Qur'an melaknatnya". Sabdanya lagi:"Kebanyakan dari golongan munafiq umatku adalah pembaca al-Qur'an."
Peringatan dan amaran itu ditujukan kepada orang yang rajin membaca (atau mendengar) ayat-ayat al-Qur'an tetapi lalai terhadap maksud dan tuntutannya. Sememangnya Allah melaknat si zalim dan pendusta. Termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim ialah orang-orang yang meletakkan al-Qur'an pada tempat yang tidak layak dengan kedudukannya, manakala si pendusta rajin membaca dan mendengar ayat-ayat al-Qur'an sedang pemikiran, tutur-kata, dan perbuatannya tidak sama sekali membayangkan dia beriman dengan kebenaran kalam Allah.
Sumber- www.ikim.gov.my

Sunday, January 07, 2007
Are you drinking the right tea?

1. People who use their "brain" to work or students who study hard day and night
- should drink more Chrysanthemum Tea .
2. People who need a lot of body energy to work or those people that do a lot of exercise everyday
- should drink Wu Loong Tea .
3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places
- should drink Green Tea .
4. For those people who likes to sit down all day long and not doing anything even exercising
- must drink Green Tea and Flower Tea.
5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks
- should drink more Green Tea.
6. Carnnivore ( those people who must eat meat at least once a day, or feel sick or not feeling well
- try to drink some Wu Loong Tea.
7. Those people who go to the washroom too often or too less
- should drink more Honey Tea
8. People with high cholesterol and high blood pressure
- Wu Loong Tea, Green Tea.
9. Those who work with computers everyday
- need to drink a Lot of Tea (any tea will do).
Whenever you are working with the computer, you should make some tea, drink it when you are free.
Drinking Tea is healthy, it can protect and prevent the harmful Ultraviolet light from harming us (when using computer).
Furthermore, it can also cure us when we are tired and help make our Body feel fresh again.
MORAL OF THE STORY : Weather you have a tea break or not ….. go to the pantry and make a cup of tea now…..
Bersyukurlah kepada Allah
*Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan
orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang
menabahkan hati kamu.
*Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang
yang menipu kamu kerana dialah orang yang
meningkatkan pengetahuan kamu.

yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang
yang memupuk sifat berdikari kamu.
*Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang
yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang
memperhebatkan ability kamu.
*Dan bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang
yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji
kesabaran kamu.
10 PRINSIP HIDUP.
1- Mulut manis
2- Otak cergas
3- Tindakan cepat
4- Kerja efektif
5- Alasan kurang
6- Marah kurang
7- Hati tenang
8- Percakapan halus
9- Kasih sayang
10- Muka riang

Selawat itu indah
- Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
- Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
- Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
- Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
- ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
- Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
- Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
- Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
- Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
- Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
- Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
- Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
- Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
- Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
- Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
- Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
- Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
- Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
- Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
- Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
- Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
- Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
- Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
- Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
- Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
- Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
- Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim.
- Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
- Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
- Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
- Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
- Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
- Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
- Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
- Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
- Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
- Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
- Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
- Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
- Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
- Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
- Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Kitakah orang tersebut?
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana matamemandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

Saturday, January 06, 2007
Hikmah Mandi
Saya dapat info ini daripada sahabat-sahabat internet. Info yang cukup menarik dan saya rasa ianya benar kerana apabila air mutlak yang sejuk mengalir ke tubuh dan mengalirkan daki-daki serta masalah yang ada di fikiran.
-----------------------------------------------------------------------------------
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah
jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar
13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air
panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya :
01) Mengeluarkan racun :
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan
tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus
besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10
hingga 20 minit.
02) Stres :
Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat.
Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.
03) Jangkitan kulit :
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi
dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air
mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian
dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk
berendam selama 10 hingga 20 minit.
04) Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit
kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas
secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki
kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint
atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga
20 minit.
05) Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai
masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia
merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung,
selsema dan sembelit.

Subscribe to:
Posts (Atom)