Hari ini saya membuat kek cokelat untuk seorang teman yang akan menyambut hari lahirnya esok. Menggunakan kaedah kukus/steam, hasilnya sangat memuaskan. Ini adalah resipinya.
Cuba jangan tak cuba ya!
Bahan-bahan
Bahan A
200g tepung gandum
50g serbuk koko
setengah camca teh serbuk penaik
Bahan B
250g butter
250g gula pasir
3 biji telur
1 camca teh esen vanilla
setengah cawan susu
Pertama letakkan butter ke dalam mangkuk dan biarkan untuk membiarkan ia lembut sedikit.
Sementara itu,ayakkan bahan A. Ketepikan
Kemudian pukul butter dan gula pasir. Kemudian letak esen vanilla. Selepas itu letak sebiji telur,bahan A(sedikit demi sedikit).
Apabila adunan sudah siap. Letak dalam bekas lapik kertas. Kemudian letakkan ke dalam pengukus. Tetapi pastikan pengukus tu airnya sudah mendidih.
Senang bukan? Menggunakan kaedah mengukus adalah lebih mudah, lebih cepat dan mudah dibersihkan. Tunggu apa lagi.. Cubalah!
Sunday, February 04, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
kek menda tuh?
huahau....kek cokelat biase je cume masak gune steam/kukus. haha
saje nk kasi mnama gempak skit
ahaks...sky tuhhh
heheh...biase...cube ar try buat.
hehe
waduh... macam tak berkhasiat je?
Kita perlukan Islamisasi pemakanan sebagaimana juga Islamisazation of Knowledge yang dicanangkan oleh al-Attas.
hmm...bukannya 100% tak berkhasiat. Sedikit sebanyak ada juga khasiatnya. hehehe...
Sekali sekala makanlah makanan yang manis-manis ini tapi janganlah selalu. Kalau yang betul-betul mementingkan kesihatan boleh mengurangkan gula,telur dan koko.
Thank you
amboi wat kek untuk kawan je.. untuk kite tak nak ke buatkan
hehe..teringin nak rasa lagi camne
kek volcano yang awak buat hohoho..
Post a Comment