Thursday, January 18, 2007

Satu keputusan

Aku ingin bertanya...
Mengapakah apabila kita membuat satu keputusan yang aku kira muktamad, kenapa kemudiannya ada rasa ragu dan was-was.
' Adakah keputusan yang aku pilih muktamad? '

Kita sebagai manusia biasa tak akan dapat mengetahui apakah perjalanan yang bakal kita lalui seterusnya. Apabila kita dah bergerak ke hadapan tiada dapat menoleh ke belakang. Pernah saya menonton satu drama bersiri Inggeris, 'True Calling '.
Seorang wanita yang dapat pergi satu hari lagi awal untuk menghalang sesuatu pembunuhan. Bagi saya ianya tidak logik kecuali dengan izin Allah.

Berbalik pada topik asal, jadi apa yang patut kita lakukan? Adakah meneruskan dengan keputusan muktamad yang masih mempunyai rasa ragu?
Atau adakah merubahkan keputusan yang telah kita buat semata-mata kerana ada perasaan ragu di dalam hati kita?

No comments: