Thursday, February 01, 2007

Mengapa tindakan kita berbeza daripada yang kita mahukan

2007. Pasti setiap antara kita masing-masing mempunyai azam baru.
Ada yang mahu menjadikan tahun 2007 adalah lebih baik daripada tahun 2006 ( saya pun begitu) .

Dan pada minggu pertama dan kedua 2007 kita masih dalam kondisi memegang azam yg telah dibuat. Tetapi mengapa pada minggu ketiga, azam yang dipegang semakin lemah dan mungkin lama kelamaan azam itu akan terus dilupakan.

Kita selalu bermuhasabah diri sebelum dan selepas pergi melakukan tanggungjawab dunia. Tapi, mengapa apabila berjumpa dengan sedikit cabaran atau dugaan dunia kita terus melupakan azam kita? Mengapa?
Dan apabila pulang ke rumah, kita akan rasa menyesal, mengapa kita melakukan perkara sedemikian. Esok pagi pun kita masih rasa menyesal dan berazam untuk memperbaiki diri.

Tapi... kehidupan kita sama seperti hari sebelumnya! Di manakah azam yang selalu diletakkan dan dijunjung di dalam fikiran?! Di manakah kegunaannya bermuhasabah setiap pagi atau sebelum tidur andai kita melakukan perkara yang sama?

Bagaimana hendak menjadi lebih baik dan menunaikan azam kita sampai bila-bila dan bukannya bertahan setakat 2-3 minggu sahaja? Ada cadangan?

Ps- Saya juga seperti itu. Masih mencari di mana saya meletakkan nilai diri dari tindakan dan hak kepada diri sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

kekadang depends on situation. kita takleh predict situation and that is why our action may differ from what we want.