Saya dapat info ini daripada sahabat-sahabat internet. Info yang cukup menarik dan saya rasa ianya benar kerana apabila air mutlak yang sejuk mengalir ke tubuh dan mengalirkan daki-daki serta masalah yang ada di fikiran.
-----------------------------------------------------------------------------------
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah
jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar
13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air
panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya :
01) Mengeluarkan racun :
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan
tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus
besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10
hingga 20 minit.
02) Stres :
Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat.
Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.
03) Jangkitan kulit :
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi
dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air
mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian
dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk
berendam selama 10 hingga 20 minit.
04) Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit
kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas
secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki
kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint
atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga
20 minit.
05) Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai
masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia
merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung,
selsema dan sembelit.
Saturday, January 06, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment