Thursday, July 27, 2006

Daku ingin bercinta dengan si langit




Si langit kekasihku yang menawan

Aku menghirup oksigen pagi tatkala sinar matahari malu-malu untuk menampakkan dirinya.Duduk di atas kerusi dan melihat keindahan ciptaan Allah..
Langit biru padaku lebih indah dan kacak daripada seorang jejaka tampan..
Kerana menatap muka langit adalah lebih baik daripada menatap jejaka tampan
Si langit biru yang menawan hatiku dapat menceriakan diri ini tika dalam
gundah gulana..
Dengan hanya melihat foto-foto pemandangan ciptaan Allah,hatiku menjadi tenang,mataku menjadi sejuk..
Di sebabkan si langit,aku menjadi peminat seni foto yang ada gambar kekasihku si langit biru.
Aku berkata pada diri..Aku tidak ingin bercinta dengan manusia

Aku ingin bercinta dengan si langit!